Isnin, 30 Ogos 2010

Terima Kasih Teman...

Teman,
ketika hidup seperti tiada erti
kau hadir mengisi kekosogan ruang
Menyeri sebuah jiwa sepi
agar terus berpenghuni\

Teman,
Ketika diri tiada kekuatan
kauyakinkan aku
Agar tetap tabah
Dalam menempuh hari esok

Teman,
Ketika diri kesedihan
Kau damaikan aku
Agar tak kurasa kehilangan

Teman,
Tanpa jemu engkau di sisi
Tidak cuma di alam realiti
Tetapi di dalam setiap mimpi

Teman,
Terima kasih atas segalanya..

Sepi Di Hujung Rindu



Akulah Pengembara Sepi
di daerah keterasingan ini
Langit kelabu
mengiringi langkah perjalanan
mentari bahagia
enggan meluruhkan sirnanya
kemana hati kan ku bawa
ombak gelisah di jiwa
sering membadai ganas
dan
untuk kesekian kalinya
aku tewas lagi
menepis ribut derita
yang menyiksa setiap langkah

Ahad, 29 Ogos 2010

Abadilah Cinta


Hidup Ini tak pernah pasti
Hanya Menunggu Hari Esok
Mungkinkah Engkau masih ada
Nafasmu masih hangat terasa

Saat kata-kata tak bererti
Saat Semua Rasa telah mati
Sepi yang menemani malam hari
Mencengkam hatiku dlm sunyi

Walau telah kutahu pasti
Tak sanggup aku mengingkari lagi
Seutuhnya ku masih cinta
sanggupkah kulari mengejarnya

Walau penantian tak bertepi
Juga malam hanya titik sepi
Tetap kunanti dalam sunyi
Berdoa semoga kau kembali

Kau Pergi Jua...


25 Aug,2010.
6.00 Pagi :  Aku dikejutkan dengan berita aboy telah menghembuskan nafas terakhirnye di Hospital               Jempul,Bahau.Innalillah hiwainnalillah hirajiun..
8.00 Pagi : Memandangkan dah tugas aku mengambil rakan sekerja, terpaksalah aku ke pejabat dulu pagi tu.Apply cuti sekali.
9.00 pagi : kami bertolak ke bahau.Dlm perjlnan aku terbayangkan wajah comel aboy.kali terakhir kami lihat aboy 2 minggu lepas semasa berbuka puasa di kampung.Semua adik beradik pulang ke kampung waktu tu..kecuali angah yg jauh di Terengganu.Sempat lagi kami pergi ke bazar ramadan merlimau bersama2..Aku lihat aboy gembira meskipun hanya dengan menaiki stroller.Aboy dah x mampu untuk berjalan lagi..badannye semakin kurus..kesian aboy...menanggung penderitaan dlm usia yg begitu muda.
1.00 tgh : kami sampai di rumah acik..tp arwah telah dibawa ke masjid.kami bergegas ke sana..arwah telah selamat di kafankan.x sempat nak tgk arwah utk kali terakhir.Slps solat zohor kami mengiringi arwah ke tempat pengabdiannya.
3.00 ptg : berehat sebentar di rumah acik.Dato Mukhriz pun ada dtg menziarah..terima kasih Dato!.kulihat acik dan Nizam dlm keadaan letih yg amat sangat.Terpancar kesedihan di wajah masing2..Terasa kehilangan arwah...
5.00 ptg : kami bertolak pulang ke JB.

" SESUNGGUHNYA DARI NYA KITA DATANG, KEPADA NYA JUGA KITA AKAN KEMBALI"

Sabtu, 28 Ogos 2010

Milik Siapakah....

Milik Siapakah Damai
Jika Diri tersepit
Antara Penyesalam & simpati
serta Sejambak Rindu
menuntut Sebuah Pengorbanan

Sampai Bilakah
Bibir ini bisa Melakonkan
sebuah senyuman
Dalam Setiap Bicara
Yang Disusuli sebuah Gurauan..??